KEADAAN di lokasi kemalangan. FOTO ihsan pembaca
KEADAAN di lokasi kemalangan. FOTO ihsan pembaca
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Seorang pembonceng motosikal warga Myanmar maut dalam kemalangan di Jalan Lembah Permai, Tanjong Bungah, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa, Aung Thein, 51, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.

Menurutnya, rakan mangsa yang juga penunggang motosikal mengalami kecederaan di leher serta badan dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila seorang lelaki yang memandu Proton Iswara memotong beberapa kenderaan di laluan garisan berkembar.

"Kereta dipandu lelaki itu kemudian bertembung dengan motosikal terbabit hingga menyebabkan penunggang dan pemboncengnya tercampak di atas jalan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2016 @ 8:48 PM