MANGSA maut terjatuh dari bumbung rumah yang dalam pembinaan. FOTO ihsan Pembaca
MANGSA maut terjatuh dari bumbung rumah yang dalam pembinaan. FOTO ihsan Pembaca
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Pekerja kontrak maut selepas terjatuh dari rumah lima tingkat yang masih dalam pembinaan di Lintang Bukit Jambul, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11 pagi itu mangsa, Ng Seong Kim, 49, maut di lokasi kejadian kerana cedera di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika kejadian mangsa sedang melakukan kerja menampal bumbung yang bocor di rumah berkenaan.

"Mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang melakukan kerja di situ namun dia dikatakan tergelincir dan terjatuh hingga ke tingkat bawah.

"Mayatnya sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 6:01 PM