SHIMA
SHIMA
Nor Akmar Samudin

Gara-gara mengisi masa lapang dengan berkaraoke di aplikasi Smule, bakat Baby Shima, 24, dikesan syarikat rakaman di Indonesia, Nagaswara lalu melamarnya menjadi artis rakaman selama dua tahun.

Tawaran itu amat mengejutkan Shima kerana selama hampir empat tahun berhempas-pulas mencipta nama di negara sendiri akhirnya pihak luar lebih menghargai bakat seni yang ada padanya.

Baru-baru ini Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, terbang ke Jakarta untuk berbincang dengan Nagaswara dan apabila siap segala keperluan dan permit kerja, dia akan berangkat memulakan kerjaya seni di sana.

“Saya sangat teruja dengan tawaran yang diibaratkan seperti bulan jatuh ke riba ini. Saya hanya muncul tiga bulan di aplikasi Smule dan pihak Nagaswara berusaha menjejaki saya.

“Syarikat itu turut menaungi nama besar di sana seperti Wali Band, Zaskia Gotik, Padi, Ayu Ting Ting dan Nirwana Band.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 7:42 AM