BABY Shima. FOTO Arkib NSTP
BABY Shima. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Penyanyi dangdut Baby Shima yang teruk berdepan kecaman warganet, menerima suntikan semangat daripada rakan artis Indonesia.

Antaranya, penyanyi Pasha Ungu, Zaskia Gotik dan Yuri Republik Band.

Menerusi kiriman video, mereka memberikan kata-kata semangat agar Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 28, kental berdepan cabaran sebagai anak seni.

Pasha mendoakan semoga Shima dalam keadaan baik.

"Semoga sihat saja di sana. Jangan depres (tekanan) lagi. Cepat pulang ke Indonesia kita masih punya satu single yang belum dibuat," katanya.

PASHA Ungu (kiri) dan Zaskia Gotik.
PASHA Ungu (kiri) dan Zaskia Gotik.

Sementara itu, Zaskia Gotik menasihati Baby Shima supaya tidak ambil pusing apa yang diperkatakan netizen.

"Semangat buat awak ya. Jangan difikirkan perkara yang tidak baik untuk diri awak. Awak punya kualiti suara yang bagus, wajah yang cantik. Sudah, tutup telinga jangan dengar cakap apa-apa.    

"Kerana kamu sudah besar (terkenal) sudah bagus, kamu sudah jadi bintang. Fokus untuk karier awak dan masa depan. Orang nak cakap apa abaikan. Kuatkan semangat dan jangan lemah. Kerana awak punyai semuanya," katanya.

Terdahulu Shima teruk berdepan kecaman warganet berikutan aksinya di TikTok yang dianggap keterlaluan.

Dia juga dikecam apabila dikatakan sengaja mencari publisiti murahan menerusi penyebaran gambar di kelab seakan bercium yang sebenarnya adalah babak di dalam muzik video single terbaharunya Lalai.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 November 2021 @ 1:00 PM