Lumut : Bapa kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Desa Pangkor dekat sini, pada jam 1.10 pagi tadi.

Allahyarham Abd Kadir Muhammad, 73, atau lebih dikenali sebagai Pak Karim adalah bekas ketua kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun sebelum bersara tahun lalu.

Allahyarham akan disemadikan di tanah perkuburan masjid Teluk Raja Bayang selepas solat Zuhur.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Oktober 2014 @ 10:18 AM