MOHD Adli (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Nazdy Harun
MOHD Adli (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Nazdy Harun
Nazdy Harun


Hulu Terengganu: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah dan merampas beberapa jenis dadah bernilai RM17,220 dalam serbuan di Kampung Pauh, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, suspek yang berusia 31 dan 37 tahun itu, ditahan di belakang rumah tidak bernombor di kampung itu pada 8.30 malam.

Menurutnya, rampasan membabitkan 150 biji pil dipercayai dadah jenis eramin 5 dan 16 biji dipercayai pil kuda selain tujuh botol mengandungi serbuk putih dipercayai heroin serta empat paket serbuk dan ketulan dipercayai dadah jenis syabu.

"Nilai rampasan diangarkan RM17,220 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952. Kedua-dua suspek yang mempunyai pertalian darah, direman bermula hari ini sehingga 9 Oktober depan bagi membantu siasatan.

"Ujian air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methampetamin dan suspek berusia 31 tahun mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah serta baru dibebaskan dua bulan lalu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2016 @ 6:37 PM