Mohd Zani (kanan) menunjukkan barangan yang dirampas. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Mohd Zani (kanan) menunjukkan barangan yang dirampas. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Mohd Hasbi Sidek


Petaling Jaya: Seramai sembilan individu ditahan polis di empat lokasi berbeza di sekitar Petaling Jaya, 20 September lalu, selepas didapati aktif mencuri di pasar raya di daerah itu sejak awal tahun ini.

Mereka terdiri daripada empat lelaki tempatan, tiga wanita tempatan dan seorang wanita serta seorang lelaki Indonesia berusia dari 32 hingga 52 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che din berkata, mereka ditahan bersama pelbagai barang yang dianggarkan bernilai RM6,000.

"Kumpulan ini mencuri di pasar raya beramai- ramai. Dalam kejadian terakhir mereka didapati mencuri di sebuah pasar raya di Ara Damansara, di sini, pada 16 Ogos lalu.

"Berdasarkan pemeriksaan dan pemerhatian CCTV kami mengesan dan menahan mereka. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2016 @ 12:36 PM