GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SEORANG lelaki ditahan selepas mencabul wanita di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kota Damansara, hari ini.

Dalam kejadian 6.25 pagi itu, lelaki berusia 21 tahun terbabit bertindak meraba pinggul wanita berusia 25 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek bersama mangsa sedang menaiki eskalator sebelum suspek meraba pinggul bahagian kanan mangsa.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan menuruni eskalator berkenaan. Mangsa kemudian membuat aduan kepada kaunter berhampiran.

"Bagaimanapun, selepas meminta bantuan daripada polis bantuan PRASARANA, lelaki terbabit kelihatan berada di lobi stesen berkenaan sebelum berjaya ditahan," katanya.

Mohd Zani berkata, lelaki beralamat di Putrajaya itu kemudian diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Suspek di bawa ke Balai Polis Kota Damansara untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 6:17 PM