QISTINA. FOTO Universal Music Malaysia
QISTINA. FOTO Universal Music Malaysia
Georgie Joseph


Penyanyi berbakat besar, Qistina berharap boleh menembusi pasaran muzik tempatan dengan bakat yang dimiliki.

Qistina ketika ditemui mengakui, dia bimbang kerana berasakan peluangnya untuk mencipta nama agak sempit, tetapi tetap percaya dengan kemampuan dirinya.

Apatah lagi dengan lebih 90,000 pengikut di laman sosial Instagram, anak jati Kuala Lumpur ini punya kelebihan.

Sebagai percaturan pertama, penyanyi bernama sebenar Nik Qistina Hafifah Abdul Rashid ini menghasilkan single sulung berjudul Young Hearts yang dikatakan sangat dekat dengan jiwa remajanya.

Dia sendiri tidak mahu tersasar dari hala tuju muzik yang memfokuskan kepada selera muda-mudi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 8:01 AM