QISTINA Raisah. FOTO Aziah Azmee
QISTINA Raisah. FOTO Aziah Azmee
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon, Qistina Raisah, 15, mendedahkan sering menerima gangguan daripada pengguna akaun palsu yang menghantar gambar tidak senonoh di akaun media sosial miliknya.

Qistina berkata, bukan hanya itu terdapat juga individu tidak bertanggungjawab yang turut membuat suntingan wajahnya dengan aksi-aksi tidak senonoh.

"Keadaan ini membuatkan saya tak selesa dan rasa tidak selamat. Laporan polis sudah di buat terhadap individu yang tergamak membuat suntingan wajah saya dengan aksi yang tidak senonoh.

"Apa saja mesej peribadi yang dihantar di akaun media sosial akan disaring oleh ibu saya. Jadi apabila dia melihat saya menjadi mangsa, kami terus membuat laporan dan tak boleh berdiam diri," katanya.

Menurut Qistina, gangguan tidak bermoral yang dilakukan pengguna media sosial sedikit sebanyak menganggu emosi dan keselamatannya.

"Keadaan ini membuatkan saya tak selesa dan perlu sentiasa berhati-hati apabila berada di tempat awam.

"Alhamdulillah, buat masa ini belum ada yang ganggu sampai ikut ke rumah. Ibu saya akan sekat akaun media sosial  individu yang kerap hantar gambar tak senonoh. Dia tidak mahu saya ambil tahu pun kerana saya masih bawah umur dan masih dalam jagaannya," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2023 @ 12:29 PM