SHAHIDAN diapit Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Datuk Zaitun Ab Samad (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Pasca Bencana), Datuk Muhammad Yusuf (kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Nursyahirah Marzuki

Putrajaya: Pihak berkuasa akan memindahkan penduduk di kawasan dilanda banjir sebelum berlakunya fenomena air pasang besar dijangka melanda Pantai Barat Semenanjung pada 17 hingga 20 Oktober dan 14 hingga 17 November ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, fenomena itu akan menyebabkan banjir pantai seperti yang berlaku di Selangor, Kedah dan Perak baru-baru ini.

"Jadi, kita mengambil dua langkah sebagai persediaan menghadapibanjir pantai yang diramal berlaku tidak lama lagi, iaitu langkah struktur dan bukan struktur.

"Langkah struktur yang perlu dilaksanakan segera ialah membaiki ban dan 'rock' ban yang rosak serta meninggkan paras ban,"katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di sini, hari ini.

Shahidan berkata, langkah bukan struktur adalah membuat hebahan awal sebelum air pasang besar kepada orang ramai menerusi pelbagai saluran.

Sementara ity, mesyuarat itu membincangkan langkah dan strategi agensi dalam menghadapi kesan fenomena air pasang besar dan banjir pantai selain persediaan menghadapi banjir Monsun Timur Laut kelak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 8:48 PM