KEADAAN lori yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Gambir. Foto ihsan Bomba
KEADAAN lori yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Gambir. Foto ihsan Bomba
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Pemandu lori membawa muatan tong gas masak patah kaki kiri selepas kenderaan dipandu melanggar pokok di Jalan Bukit Gambir di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, lori yang dipandu mangsa berusia 25 tahun itu dirempuh kereta.

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan PerakMohd Nasir Idris berkata, rempuhan itu menyebabkan pemandu lori terbabit hilang kawalan dan melanggar pokok.

"Mangsa tersepit dalam lori dan kira-kira 60 tong gas memasak dibawanya bertaburan atas jalan raya.

"Bagaimanpun, mujur tong gas terbabit kosong dan jika mempunyai isi mungkin keadaan akan bertambah buruk," katanya ketika ditemui di lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 7:31 PM