JIN Wei tewas kepada Busanan pada final Masters Indonesia.
JIN Wei tewas kepada Busanan pada final Masters Indonesia.
Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Berjaya mara ke perlawanan akhir Masters Indonesia belum bermakna pakej yang dimiliki pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei sudah lengkap untuk bertarung dengan jagoan dunia.

Menurut jurulatih perseorangan wanita negara Wong Tat Meng, anak buahnya itu harus mempertingkat prestasi dan kemahiran terutama di bahagian serangan untuk memerangkap pemain lawan.

“Banyak perkara yang harus dia (Jin Wei) perbaiki terutama sekali ketika melakukan serangan. Saya tidak risau mengenai corak pertahanannya tapi cara melakukan serangan harus ditingkatkan,” kata Tat Meng.

Jin Wei hampir mencipta kejutan pada Masters Indonesia apabila berjaya mara ke perlawanan akhir, namun dia kalah kepada pilihan utama, Busanan Ongbumrungpan dari Thailand di Balikpapan kelmarin.

Bekas pemain negara itu berkata, Jin Wei juga harus mempunyai corak permainan yang pelbagai, jika berhasrat untuk pergi lebih jauh dalam acara perseorangan wanita pada masa akan datang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 7:55 AM