DR S Subramaniam (tengah) ketika sidang media. FOTO Garret Dawam
DR S Subramaniam (tengah) ketika sidang media. FOTO Garret Dawam
AMARAN virus Zika diletakkan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FOTO arkib NSTP
AMARAN virus Zika diletakkan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FOTO arkib NSTP
Garret Dawum


Putrajaya: Kes virus Zika pertama dilaporkan di negara ini apabila wanita dari Taman Botanic, Klang disahkan mendapat virus itu selepas pulang melawat anaknya di Singapura, 21 Ogos lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, wanita berusia 58 tahun itu mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos pesakit mendapat rawatan di klinik swasta di Klang sebelum disyaki mempunyai virus Zika.

"Selepas dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 30 Ogos, wanita itu disahkan positif virus Zika hasil pemeriksaan ujian air kencing, manakala ujian darah masih menunggu keputusan.

"Kes ini adalah yang pertama dilaporkan di Malaysia dan setakat ini wanita itu dalam keadaan stabil," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian kini mula membuat kawalan vektor di kawasan kediaman wanita berkenaan dan tempat yang pernah dilawatinya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 11:35 AM