SEORANG kanak-kanak menutup hidung semasa kakitangan Jabatan Kesihatan negeri membuat semburan kabus (fogging) bagi mencegah pembiakan jentik jentik dan nyamuk Aedes bagi mengelakkan ancaman demam denggi dan Zika. FOTO Bernama

Intan Mas Ayu Shahimi

Kuala Lumpur: Suami kepada wanita hamil yang didapati positif virus Zika pada 6 September lalu disahkan sebagai mangsa keempat jangkitan Zika di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kes itu pada 7 September lalu.

“€œLelaki berusia 25 tahun itu adalah suami kepada kes ketiga jangkitan Zika yang sedang hamil dan menetap di Taman Desa Harmoni, Johor Bharu.

“€œPesakit hanya mengalami gejala ruam pada 2 September dan telah disahkan dengan ujian makmal bahawa positif Zika.

“€œBerikutan itu, pesakit dimasukkan ke wad di sebuah hospital kerajaan di Johor untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2016 @ 6:17 PM