KEPALA Zhang tersangkut di dalam pintu.
KEPALA Zhang tersangkut di dalam pintu.
Agensi

Beijing: Seorang lelaki yang mabuk dikunci di dalam bilik stor oleh isterinya yang marah sebelum kepalanya tersangkut di pintu ketika dia cuba melarikan diri.

Lelaki dikenali sebagai Zhang, 43, dilaporkan bertengkar dengan isterinya kerana tabiatnya yang kaki botol. Kerana marah dengannya, isterinya menolaknya masuk ke dalam bilik stor sebelum mengunci pintu besinya, menyebabkan Zhang terperangkap.

Wanita itu bertindak demikian kerana mahu menghalang suaminya memperoleh arak, seterusnya membolehkan dia sedar daripada tabiat buruknya.

Malangnya, Zhang menjadi lebih marah dan cuba memecahkan pintu.

Kerana mabuk Zhang menyangka dia boleh meloloskan dirinya menerusi lubang kecil pada pintu berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 7:36 AM