MOHD Hanafiah Dolah (kanan) melakukan rejaman ketika aksi menentang Brunei. FOTO BERNAMA
MOHD Hanafiah Dolah (kanan) melakukan rejaman ketika aksi menentang Brunei. FOTO BERNAMA
Azlan Muhammad Zain dan Naqib Nor Said


Kuala Lumpur: Air mata pemain sepak takraw negara, Mohd Hanafiah Dolah yang bergenang sebaik melangkah keluar gelanggang sudah cukup menceritakan apa yang dirasakannya selepas diaibkan Thailand 3-0 dalam aksi terakhir acara berpasukan lelaki di Stadium tertutup Titiwangsa, semalam.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia sekadar meraih gangsa dan berkongsi pingat berkenaan bersama Brunei selepas menamatkan saingan di kedudukan ketiga liga sepusingan selepas turut diaibkan Indonesia 1-2 kelmarin.

Hanafiah ketika ditemui mendedahkan kesedihan itu bukan hanya disebabkan kegagalan pasukannya tetapi juga kerana tidak berpuas hati dengan prestasi buruknya.

“Saya menangis disebabkan terlalu kecewa kerana gagal menampilkan permainan sebenar sampai ada satu ketikanya minda saya menjadi kosong dan hilang arah,” kata perejam utama negara berusia 26 tahun itu.

Turun sebagai regu pertama bersama rakan gandingannya - Mohd Syahir Rosdi dan Farhan Adam, Hanafiah jelas beraksi hambar di set pertama apabila banyak rejaman yang dilakukannya terkandas di jaring mahupun dipatahkan lawan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2017 @ 3:59 AM