FOTO Instagram Izara Aishah
FOTO Instagram Izara Aishah
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pelakon Izara Aishah tampil memohon maaf selepas dikecam pengguna laman sosial kerana didakwa berpakaian ketat dan menjolok mata ketika menghadiri majlis KL Fashion Week di sini, kelmarin.

Izara, 23, berkata, dia berjanji untuk memakai pakaian yang lebih baik selepas ini.

"Maaf kepada yang tidak selesa. Saya akan memakai pakaian yang lebih baik selepas ini. Saya menerima segala teguran yang diberikan.

"Ada betulnya apa yang diperkatakan. Maafkan saya. Saya belajar daripada kesilapan," tulisnya dalam laman Facebook miliknya.

Menerusi kenyataan sama, pelakon filem Pilot Cafe ini berharap pihak yang merakam gambarnya membuang daripada simpanan mereka.

Terdahulu gambar yang dimuat naik Izara bersama pelakon Kilafairy yang mengenakan busana 'mini dress' berwarna biru mendapat kritikan daripada pengguna laman sosial.

Baju rekaan Xemasu itu dipakai Izara ketika menghadiri KL Fashion Week 2016 yang berlangsung kelmarin.

Rata-rata komen yang ditulis menghentam Izara dan Kilafairy kena mengenakan pakaian yang sendat sehingga menjolok mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 1:17 PM