IZARA mengambil keputusan untuk berehat seketika sehingga selepas bersalin nanti. FOTO Rohanis Shukri
IZARA mengambil keputusan untuk berehat seketika sehingga selepas bersalin nanti. FOTO Rohanis Shukri
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON popular, Izara Aishah mengesahkan kini hamil enam bulan dan dijangka bersalin pada April ini.

Izara, 28, berkata, dia sebelum ini belum bersedia berkongsi perkara itu kerana masih di peringkat awal kehamilan.

“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya dan suami. Pastinya berita sebegini ditunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin.

“Cuma, sebelum ini saya dan suami memang merancang. Kalau boleh pada awal perkahwinan kami ingin menikmati momen berdua dulu.

“Apabila disahkan mengandung, tentu saja ia sesuatu yang menggembirakan. Tapi, saya simpan dulu sebab masih terlalu awal nak berkongsi.

“Apa saja boleh terjadi ketika itu. Jadi sekarang ini waktu sesuai untuk berkongsi. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai kerjaya lakonannya, Izara mengambil keputusan untuk berehat seketika sehingga selepas bersalin nanti.

“Buat masa sekarang, saya memang berehat daripada berlakon. Cuma saya buat untuk promo Ombak Rindu dan menghadiri acara,” katanya.

Izara dan suami, Adib Khalid berkahwin pada 17 November 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 4:36 PM