ELYANA.
ELYANA.
Ramlah Zainal


Ketika namanya di puncak populariti, penyanyi muda Elyana nekad memperlahankan aktiviti seninya sebaik saja berumah tangga.

Namun, darah seni yang mengalir sukar untuk dipisahkan dalam dirinya.

Selepas sedekad tidak aktif dalam bidang nyanyian, penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu ini kembali menyemarakkan industri muzik tanah air.

Berbanding dulu, pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 29, ini nampak sangat pemalu dan tiada keyakinan diri sesuai dengan usia remajanya tetapi kini, Elyana tampil berbeza.

Kini dia tampil dengan imej yang lebih matang dan sesuai dengan statusnya sebagai ibu kepada seorang cahaya mata.

Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini untuk berita lanjut

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 7:37 AM