JASAD suami isteri berkenaan ditemui dalam kenderaan ini.
JASAD suami isteri berkenaan ditemui dalam kenderaan ini.
Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Santubong: Jasad suami isteri hampir reput ditemui dalam kereta yang terletak di tepi jalan berhampiran Kampung Sungai Tiram, Pasir Pandak di sini, pagi ini.

Jasad Aziz Mohamad Basiron, 30, ditemui di tempat pemandu, manakala isterinya Sharipah Aini Wan Mohamad, 27, ditemui terbaring di tempat duduk penumpang depan dalam kenderaan yang berkunci.

Mayat pasangan itu ditemui orang awam pada yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut, pada sekitar 7.40 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad, berkata pemeriksaan awal mendapati tiada kesan luka atau cedera pada badan pasangan itu.

Katanya, kematian kemungkinan berpunca daripada keracunan karbon monoksida.

"Mayat dipercayai sudah lebih daripada dua hari dengan kali terakhir keluarga berjumpa pasangan itu malam Khamis lalu," katanya.

Jasad dibawa ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Disember 2014 @ 8:19 PM