Jailani Johari (tiga dari kiri) ketika merasmikan Pameran Logo Hari Kebangsaan di Galeri Shah Alam. Turut hadir,  Setiausaha Bahagian Pengurusan Kem Komunikasi Multimedia Malaysia, Datuk Samsuni Mohd Nor (kiri) dan Ahli Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor, Prof Raja Datuk Zahabuddin Raja Yaacob (dua dari kiri). FOTO Intan Nur Elliana Zakaria

Siraj Mohd Zaini

Shah Alam: Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan setem khas memaparkan wajah atlet negara yang berjaya merangkul pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, perbincangan mengenai perkara itu sudah dibuat dan Pos Malaysia bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Katanya, ia susulan kejayaan beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Liu Ying yang mara ke perlawanan akhir Olimpik Rio

"Pihak kementerian sudah bincang dengan Pos Malaysia mengenai cadangan ini dan ia sudah dipersetujui.

"Ini salah satu cara untuk kita menghargai kejayaan atlet negara dalam kejohanan besar seperti Sukan Olimpik," katanya.

Pasangan Peng Soon-Liu Ying akan menentang pasangan nombor tiga dunia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam perlawanan penentuan pingat emas esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Ogos 2016 @ 6:37 PM