Kemalangan yang mengorbankan dua sahabat  di Jalan FELDA Ketengah Jaya. FOTO Rosli Ilham
Kemalangan yang mengorbankan dua sahabat di Jalan FELDA Ketengah Jaya. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham


Dungun: Dua sahabat meninggal dunia ketika menerima rawatan pagi tadi selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan FELDA Ketengah Jaya, petang semalam.

Muhammad Shaffiq Aiman Mohd Zaman, 15, meninggal dunia pada 1 pagi manakala rakannya Muhammad Hakimi Sabri, 15, menghembus nafas terakhir 2.15 pagi ketika masing-masing menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mereka dari FELDA Kerteh 1 dikatakan dalam perjalanan ke rumah rakan sebelum motosikal ditunggang memasuki laluan kanan jalan dan bertembung dengan Perodua Viva dipandu seorang wanita.

Kedua-duanya yang mengalami kecederaan dalaman dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dungun Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian itu dan pemandu kereta yang juga seorang pengurus restoran tidak cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 12:29 PM