KEADAAN Muhammad Sufian di rumah datuknya. FOTO Muhammad Hatim Manan
KEADAAN Muhammad Sufian di rumah datuknya. FOTO Muhammad Hatim Manan
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Murid SK Bandar Hilir, di sini, trauma dan enggan pulang selepas cedera disondol babi hutan di hadapan rumahnya di Jalan Bunga Raya, Semabok, di sini, Ahad lalu.

Mangsa cedera teruk di belakang lutut, telinga kiri dan mulut selain cedera di belakang badan akibat kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Muhammad Sufian Anas Asmas Salehudin, 9, bernasib baik apabila serangan babi hutan disedari jirannya, ketika kanak-kanak terbabit hanya mampu mempertahankan diri dengan menolak muka babi hutan terbabit menggunakan selipar.

Video berdurasi 22 saat meunujukkan kanak-kanak itu meraung kesakitan ketika diberi rawatan kecemasan pasukan perubatan di hadapan rumahnya menjadi viral di Facebook.

Selepas mendapat rawatan lanjut dan bermalam di Hospital Melaka selama empat hari, kanak-kanak itu dibenar keluar dan kini tinggal di rumah datuknya di Jalan Pulau Senang 3, Semabok, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2016 @ 4:40 PM