AHMAd Zahid (kiri) ketika membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya Wissanu Krea-ngam (kanan). FOTO Bernama
AHMAd Zahid (kiri) ketika membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatnya Wissanu Krea-ngam (kanan). FOTO Bernama
Hayati Ibrahim


Bangkok: Hari kedua lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok, Thailand dimulakan dengan mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam di Kompleks Kerajaan, di sini.

Beliau diiringi Duta Malaysia di Thailand Datuk Nazirah Hussein, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan delegasi Malaysia serta pegawai kedutaan.

Selepas mesyuarat, Ahmad Zahid berkesempatan menyampaikan sumbangan peribadi kepada Masjid Haroon, Bangkok selepas menunaikan solat Jumaat.

Sumbangan diserahkan kepada Imam Besar masjid berkenaan Abdul Ahad bagi membantu masjid menjalankan aktiviti untuk masyarakat Islam di sekitar sini.

Ahmad Zahid kemudian mengadakan mesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Prawit Wongsuwan, sebelum memgakhiri lawatan kerja beliau.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Ogos 2016 @ 3:02 PM