POKOK tumbang yang menghalang lalu lintas. FOTO ihsan bomba
POKOK tumbang yang menghalang lalu lintas. FOTO ihsan bomba
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Bintulu: Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu menerima lebih 10 panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang dan bumbung diterbangkan angin akibat ribut yang melanda bandar itu, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di Hata Gobel berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pertama pada jam 4 pagi.

Menurutnya, tujuh bumbung rumah diterbangkan ribut di Taman Beverly Hills.

"Bomba membantu mengalihkan bumbung yang berterbangkan dan tiada kecederaan dilaporkan.

"Pada masa sama, bomba menerima panggilan kecemasan pokok tumbang di KMD Park berhampiran Kelab Kidurong, Klinik Kesihatan Kidurong, Jalan Pantai ABF, perumahan MLNG, Tanjung Batu, Taman Putera, Asyakirin Fasa 1 dan Chin Lee Garden," katanya.

Bangaimanapun, katanya, bomba mengambil masa untuk ke lokasi kejadian kerana kebanyakan jalan utama dihalang pokok tumbang dan sesak.

"Operasi masih berjalan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Bahagian Landskap Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

"Setakat ini, kawasan yang sudah diambil tindakan ialah di Taman Beverly Hills, Jalan Kidurong, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Taman Puteradan Chin Lee Garden," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Ogos 2016 @ 10:35 AM