Antara kejadian pokok tumbang di Kuching. FOTO ihsan bomba
Antara kejadian pokok tumbang di Kuching. FOTO ihsan bomba
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Kuching: Bomba menerima sembilan laporan pokok tumbang akibat angin kencang di beberapa kawasan di negeri ini, petang tadi

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, panggilan kecemasan diterima bermula jam 2 hingga 5.56 petang tadi.

Menurutnya, di Tasik Biru, Bau, satu laporan pokok tumbang diterima pada jam 2.15 petang.

"Balai Bomba dan Penyelamat Kapit menerima panggilan laporan pokok tumbang di simpang Sekolah Kebangsaan (SK) Kapit pada jam 4.25 petang.

"Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya menerima satu laporan pokok tumbang di Makam Sultan Tengah, Santubong.

"Tiga kejadian pokok tumbang dilaporkan di Batu Kawa New Tonship, Jalan Nanas-Green Road dan Lorong 4, Jalan Angsana, Kuching.

"Selain itu, di Kuching turut dilaporkan kejadian pokok tumbang di Jalan Crookshank dan di Jalan Tun Abang Haji Openg pada jam 3.39 petang tadi," katanya.

Katanya, di Sarikei satu laporan pokok tumbang berlaku di Taman Susur Jambu jam 5.56 petang tadi.

Bagaimanapun, operasi memotong dan membersihkan sisa pokok tumbang masih dijalankan di beberapa kawasan.

"Tiada kemalangan dilaporkan di semua lokasi kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2016 @ 7:38 PM