Keadaan Toyota Avanza yang remuk akibat merempuh pokok di Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu, malam tadi. FOTO Erika George
Keadaan Toyota Avanza yang remuk akibat merempuh pokok di Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu, malam tadi. FOTO Erika George
Erika George


SEORANG lelaki maut selepas kenderaan dipandunya merempuh pokok besar di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu, malam tadi.

Kejadian jam 8.45 malam itu berlaku apabila Toyota Avanza dipandu lelaki terbabit hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa, Abu Bakar Yahya, 43, dari Kampung Assyakirin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan dada.

“Ketika kejadian, mangsa dari arah Tanjung Kidurong menuju ke pusat bandar Bintulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Alexson berkata, anggota bomba mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mac 2019 @ 4:44 PM