SEORANG guru agama, Nik Hazmi Ghani, 35, dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini atas tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang pelajarnya. FOTO Muhd Faris Zainuldin
SEORANG guru agama, Nik Hazmi Ghani, 35, dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini atas tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang pelajarnya. FOTO Muhd Faris Zainuldin
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Seorang guru agama dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang pelajarnya, dua tahun lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh, Nik Hazmi Ghani, 35, bersalah di atas pertuduhan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merangsang kanak-kanak berusia sembilan tahun ketika kejadian untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya di sebuah rumah di Kampung Teras, Sering, Binjai, di sini, jam 11 malam 30 Oktober dan 1 pagi, 31 Oktober 2014.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun peguam, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili tertuduh memohon supaya hukuman itu ditangguhkan untuk rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Mohd Yusoff membenarkan hukuman penjara ditangguhkan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 2:40 PM