BANDUAN dapat bertemu keluarga dan merasai kemeriahan hari raya bersama mereka pada  Program Jalinan Kasih, semalam.
BANDUAN dapat bertemu keluarga dan merasai kemeriahan hari raya bersama mereka pada Program Jalinan Kasih, semalam.
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: “Hukuman yang dikenakan memberi ruang dan peluang kepada saya untuk bertaubat kepada Allah,” kata seorang banduan yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh seorang wanita enam tahun lalu.

Menceritakan kembali kejadian itu, banduan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Shamsul, 44, berkata, kes berkenaan berlaku pada 2010 lalu apabila dia yang berada dalam pengaruh dadah memecah masuk sebuah farmasi berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Datuk Keramat, di sini.

Menurutnya, ketika itu, seorang wanita berusia 39 tahun yang juga pemilik farmasi terbabit datang dan dia memukul mangsa menggunakan kayu hingga meninggal dunia.

“Saya kemudian ditahan dan dimasukkan ke penjara. Selepas enam tahun, ini kali pertama saya dapat bertemu keluarga dan merasai kemeriahan hari raya bersama mereka,” katanya yang ditemui ketika Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri 2016 bersama 13 banduan lain di Penjara Pulau Pinang, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Julai 2016 @ 5:55 AM