Imbasan hari kejadian wanita melecur teruk akibat disambar api ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Setapak. - Foto Fail
Imbasan hari kejadian wanita melecur teruk akibat disambar api ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Setapak. - Foto Fail
BERNAMA

Kuala Lumpur: Wanita yang melecur badannya selepas disambar api ketika menggunakan telefon bimbit semasa mengisi minyak di Taman Setapak Indah pada 28 Jun lalu, meninggal dunia Ahad lalu.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif selepas beliau dimaklumkan keluarga mendiang hari ini.

T Sarifhla, 25, meninggal dunia 5 pagi di Hospital Kuala Lumpur.

"Perkara ini dimaklumkan keluarga mendiang hari ini dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Pada 28 Jun lalu, Sarifhla melecur 60 peratus badannya ketika sedang mengisi minyak sambil menggunakan telefon bimbit sebelum berlaku percikan api hingga menyambar telefon bimbitnya dalam kejadian 1.25 tengah hari itu.

Wanita itu dipercayai bertindak masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu kereta jenis Perodua Axia itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Julai 2016 @ 7:01 PM