FOTO Agensi
FOTO Agensi


Istanbul: Tentera yang setia kepada Presiden Tayyip Erdogan menguasai Lapangan terbang Atartuk, di sini.

Ia sejurus selepas pemimpin itu mengecam apa yang disifatkannya sebagai cubaan rampasan kuasa oleh segelintir tentera.

Agensi berita Andaolu berkata, operasi di lapangan terbang itu kembali pulih.

Dalam pada itu, laporan lain menyatakan, 42 orang terbunuh dalam cubaan rampasan kuasa berkenaan yang bermula malam Jumaat (waktu tempatan).

Tujuh belas daripada mereka yang mati itu adalah polis.

Bercakap kepada wartawan setibanya di Istanbul, Erdogan, berkata dia tidak tahu di mana ketua turus tentera, Jeneral Hulusi Akar ketika ini.

Laporan awal menyatakan, jeneral berkenaan diculik oleh perancang rampasan kuasa.

Sementara itu, laporan terbaru menyatakan, tentera yang memberontak juga masih melakukan serangan dari udara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Julai 2016 @ 12:43 PM