Tentera Turki menghantar kereta kebal untuk mengawal Lapangan Terbang Antarabangsa Atartuk, Istanbul, ketika cubaan rampasan kuasa, Sabtu lalu. - Foto Agensi
Tentera Turki menghantar kereta kebal untuk mengawal Lapangan Terbang Antarabangsa Atartuk, Istanbul, ketika cubaan rampasan kuasa, Sabtu lalu. - Foto Agensi
Ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Atartuk, Istanbul, yang ditutup Sabtu lalu, lapangan terbang ketiga paling sibuk di Eropah. - Foto EPA
Ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Atartuk, Istanbul, yang ditutup Sabtu lalu, lapangan terbang ketiga paling sibuk di Eropah. - Foto EPA
BERNAMA

Putrajaya: Sejumlah 242 rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa lapangan terbang utama di Turki, sudah dikenal pasti dan diberikan bantuan, kata Kementerian Luar hari ini.

Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, 221 orang sudah berlepas ke destinasi masing-masing manakala baki 21 orang lagi akan berlepas dari Turki mengikut jadual penerbangan mereka.

Bernama melaporkan, pasukan Petugas Khas merangkumi pegawai dari Kedutaan Malaysia di Ankara, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Tourism Malaysia dengan bantuan Konsul Kehormat Malaysia di Turki, memberikan bantuan sewajarnya kepada semua rakyat Malaysia yang terkandas.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia supaya berwaspada dan mereka yang memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di

Ankara di talian +903124463547 atau +903124463548 atau e-mel [email protected]

Keadaan di Turki kini tegang selepas kerajaan negara itu menggagalkan cubaan rampasan kuasa oleh tentera yang mahu menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan, Sabtu lalu.

CNN melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Atartuk, Istanbul, ditutup Sabtu lalu, menyebabkan puluhan penerbangan dilencong atau ditangguhkan menyebabkan ribuan penumpang terjjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 7:46 PM