Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah di Kampung Kumpulan A, Jalan Hulu Melaka, Langkawi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah di Kampung Kumpulan A, Jalan Hulu Melaka, Langkawi. FOTO ihsan bomba
Muhaamad Hafis Nawawi

Langkawi: Kegembiraan membuat persiapan Aidilfitri di rumah ibu bapa bertukar menjadi duka apabila kediaman itu di Kampung Kumpulan A, Jalan Hulu Melaka, di sini, musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, ahli keluarga Saad Ariffin, 62, yang sedang membuat persiapan raya dengan memasak ketupat dan memotong daging di dapur terkejut apabila tiba-tiba ruang tamu rumah terbakar sebelum menghubungi bomba.

Malah, menantunya Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Yaakob Hassan yang sedang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi turut bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran itu.

Yaakob yang juga ketua operasi itu berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kebakaran itu jam 1 petang dan tiba di tempat kejadian 14 minit kemudian.

Menurutnya, seramai 16 anggota terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran membabitkan sebuah rumah separuh kayu itu.

“Kita berjaya mengawal api dan memadamkan kebakaran itu pada 1.26 tengah hari tadi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya, ketika kejadian isterinya, Saliza Saad, 36, dan ahli keluarga lain sedang membuat persiapan raya namun semuanya musnah dalam kebakaran itu termasuk pakaian raya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Julai 2016 @ 4:27 PM