PUTRAJAYA 29 JUNE 2016. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili ketika sidang media semakan tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2016 di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan rebat elektrik sebanyak 1.52 sen bagi setiap kilowatt-sejam (kWj) di Semenanjung dan penurunan purata kadar tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj di Sabah dan Labuan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, tarikh penguatkuasaan kadar berkenaan bermula 1 Julai hingga 31 Disember ini.

"Menerusi pengekalan rebat oleh kerajaan ini, tiada sebarang perubahan dalam kadar tarif elektrik yang dikenakan ke atas pengguna elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan bagi tempoh terbabit," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, pada kadar semakan tarif sebelum ini iaitu bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2016 lalu, kerajaan menetapkan kadar tarif elektrik pada 38.53 sen/kWj bagi Semenanjung, manakala Sabah dan Labuan kekal 33.32 sen/kWj.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 6:40 PM