KHEMAH yang rosak dipukul ribut. FOTO ihsan Bomba
KHEMAH yang rosak dipukul ribut. FOTO ihsan Bomba
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Bau: Lebih 20 khemah peniaga rosak dipukul ribut di Pasar Bau di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 5 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Ebby Hirwandy Sarbini berkata, hujan beserta angin kuat menyebabkan lebih 20 khemah gerai jualan sayur diterbangkan angin.

Katanya, ketika kejadian peniaga yang sedang menjalankan perniagaan bertempiaran lari menyelamatkan diri.

"Kawasan niaga itu adalah tapak sementara yang disediakan kerana pasar dalam proses naik taraf.

"Bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.13 petang," katanya.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati tiada sebarang kecederaan membabitkan mangsa dan membantu peniaga membersihkan khemah yang diterbangkan angin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2016 @ 10:25 PM