Mutko (kanan) bersama Presiden Russia, Vladimir Putin (tengah). FOTO Agensi
Mutko (kanan) bersama Presiden Russia, Vladimir Putin (tengah). FOTO Agensi
AP

Moscow: Ketua Persekutuan bola sepak Russia mengkritik pemain negara itu kerana ‘ketandusan bakat dan kemahuan ‘ selepas tersingkir keluar pada peringkat kumpulan pada Euro 2016.

Vitaly Mutko yang juga Menteri Sukan Russia berkata, berada pada kedudukan tempat keempat dalam Kumpulan B dengan kekalahan kepada Wales dan Slovakia "membuktikan tahap sebenar bola sepak kita (Russia)" menjelang Piala Dunia 2018 selaku tuan rumah.

Mutko memberitahu agensi berita negeri Russia Tass: "Kami tiada pemain berkelas dunia buat masa ini" dan keadaan mungkin disebabkan "kurang kemahuan untuk berkembang, untuk meningkat dan memperbaiki diri sendiri supaya lebih sempurna."

Mutko berkata Russia perlu fokus membangunkan pemain muda dan meningkatkan liga domestik tetapi “segala galanya tidak dapat ditukar dalam tempoh satu jam."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Jun 2016 @ 6:29 PM