FOTO Muhammad Saufi Hassan
FOTO Muhammad Saufi Hassan
Muhammad Saufi Hassan


Sungai Panjang: Kehadiran pengundi tertua, Asmah Kassan, 107, mencuri tumpuan lensa kamera petugas media ketika beliau hadir untuk membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, sebentar tadi.

Asmah yang ditemani cucunya, Indarwati Turmadi, 40, dibawa dengan kerusi roda dan dipercayai pengundi tertua bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, di sini.

Beliau tidak melepaskan peluang untuk mengundi biarpun dalam keadaan yang agak uzur, namun tetap bersemangat menunaikan tanggungjawabnya.

Asmah berkata, beliau berbangga kerana tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk keluar mengundi sejak kali pertama pada 1959.

"Makcik berdoa semoga dipanjangkan umur untuk terus menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya umum akan datang.

"Makcik turut melihat sejarah awal negara, bagaimana negara semakin aman serts maju tapi makcik tak boleh cakap undi apa," katanya dalam nada bergurau.

Cucunya, Indarwati berkata, nenek hanya kelihatan uzur daripada aspek fizikal namun penglihatannya masij tajam.

"Nenek bersemangat untuk keluar mengundi. Semua orang kampung sifatkan nenek seorang pengundi tegar Sungai Limau.

"Berkali-kali dia ingatkan saya untuk temannya. Saya bangga menjadi cucunya yang dianggap antara rakyat Malaysia terawal mengundi ketika negara mula merdeka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2016 @ 10:24 AM