BERNAMA

Bagan Serai: Bahagian ruang pesakit luar ďi Klinik Kesihatan Teluk Medan, Jalan Taiping, dekat sini musnah 30 peratus dalam kejadian kebakaran, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Abdul Nasir Jalil berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai dan Kamunting telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 5.06 pagi.

“Apabila bomba sampai mendapati api sedang marak. Namun kita dapat mengawal kebakaran kira-kira 15 minit daripada merebak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2016 @ 2:06 PM