Pihak bomba melakukan kerja pemadaman membabitkan dua kediaman. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Pihak bomba melakukan kerja pemadaman membabitkan dua kediaman. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

[email protected]

Bagan Serai : Tujuh penghuni daripada dua keluarga di Kampung Sungai Bogak di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka terbakar 10 malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Nasir Wahab berkata, kebakaran membabitkan dua buah rumah.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian kemudian mendapati sebuah rumah berkenaan yang dibina separuh batu dan kayu itu sudah musnah 80 peratus manakala sebuah lagi hanya terbakar lima peratus.

"Kami sempat memadamkan kebakaran yang mula merebak ke rumah ketiga dari rumah kedua sebaik tiba di lokasi kejadian.

"Berbekalkan kekuatan tiga jentera bomba termasuk BBP Parit Buntar dan Kamunting, kami berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit sebelum memadamkan api sepenuhnya dalam tempoh 45 minit," katanya.

Nasir berkata, pihaknya mengenal pasti kebakaran bermula dari bahagian dapur rumah pertama, namun punca sebenar kebakaran dan anggaran kerugian ditanggung mangsa masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 12:05 PM