Seremban:Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) memperkukuh kedudukan sebagai satu daripada pembekal simen terkemuka di Malaysia dengan pembukaan loji kedua di kilangnya di Bahau, dekat sini dengan pelaburan RM735 juta.

Pembukaan loji kedua itu membolehkan peningkatan pengeluaran simen lebih sekali ganda untuk pasaran tempatan dan eksport ke Singapura.

Pengarah Urusan CIMA Mohd Yusri Md Yusof berkata, pembukaan loji baru yang beroperasi sejak September 2013 itu meningkatkan pengeluaran simennya ketika ini kepada 7.24 juta tan metrik setahun.

“Berbanding loji pertama, ia hanya mampu mengeluarkan 4.64 juta tan metrik simen setahun.

“Loji kedua dibina di tanah berkeluasan 58 hektar yang mempunyai kawasan pelombongan seluas 191 hektar ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Disember 2014 @ 5:01 AM