FOTO hiasan. - Foto Muhammad Sulaiman
FOTO hiasan. - Foto Muhammad Sulaiman

Seremban: Pelaksanaan sepenuhnya sistem kutipan tol secara elektronik (ETS) di 14 plaza tol milik Plus Malaysia Bhd (PLUS) setakat ini berjaya membantu melancarkan aliran trafik.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, ETS mewajibkan pengguna menggunakan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go atau Smart Tag untuk transaksi bayaran tol juga mendapat reaksi positif pengguna yang menyifatkannya lebih cekap dan efisyen.

“ETS memudahkan urusan pengguna menerusi transaksi lebih cepat dan tepat berbanding sistem sebelum ini, sekali gus mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di kebanyakan plaza tol terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.

“Secara tidak langsung, ETS dapat memendekkan masa pengguna lebuh raya untuk tiba ke destinasi serta mengurangkan tekanan akibat terkandas dalam kesesakan lalu lintas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis makan malam bersama pengamal media Negeri Sembilan anjuran bersama PLUS, United Engineers Malaysia Berhad (UEM Group) dan Cement Industries Of Malaysia Berhad (CIMA) di sebuah hotel, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 8:51 AM