Kim Junsu, anggota kumpulan JYJ dipilih sebagai pelakon muzikal paling popular tahun ini.

Menurut C-Jes Entertainment, soal selidik dijalankan majalah The Musical mendapati Junsu berada di kedudukan teratas dengan undian 50 peratus.

Junsu memegang watak utama sebagai Count Dracula dalam muzikal Dracula pada Julai hingga September lalu di Rumah Opera (Opera House), Pusat Seni Seoul (Seoul Arts Center).

Sebaik saja peminat mendapat tahu Junsu tampil sebagai pelakon utama, jualan tiket pementasan habis terjual dalam tempoh singkat.

"Junsu mempunyai pesona melariskan jualan tiket. Menerusi watak Dracula, dia berjaya membuktikan kemampuannya di pentas muzikal.

"Dia mengangkat watak Dracula ke tahap berbeza sehingga meninggalkan kesan di hati penonton," kata wakil C-Jes Entertainment.

Junsu dijangka menjayakan konsert solo pada 30 dan 31 Di­sember ini di Jamsil.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:01 AM