Sekian lama menanti, JYJ akhirnya berjaya melancarkan single di Jepun. Lebih menarik, single pertama mereka di negara matahari terbit itu mendahului beberapa carta muzik.

Wakil syarikat pengurusan C-Jes Entertainment berkata, single We Me Tonight mula diperdengarkan di Jepun pada Rabu lalu mendapat sambutan luar biasa malah menduduki tangga kedua carta Oricon dan tempat pertama carta Tower Records dan HMV-24.

Perkembangan positif itu secara tidak langsung membuktikan JYP mempunyai ramai di negara itu cuma mereka tidak berpeluang menembusi pasaran muzik di sana lebih awal.

"Single ini berdepan pelbagai cabaran untuk diedarkan. Ia mula diperkenalkan dalam konsert dan selepas dua bulan barulah dapar dilancarkan secara rasmi dan tidak sangka diterima baik di Jepun," kata sumber C-Jes Entertainment.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 6:02 AM