RAJA Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah bermesra dengan seorang pesakit kanser, Ahmad Mirza Nabil Yaakob, 15, (kanan) ketika melawat wad pesakit, Institut kanser Negara sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan YDP Agong di Institut Kanser Negara, Putrajaya. FOTO Fariz Iswadi Ismail

Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan mencemar duli melawat Wad Pediatrik, Institut Kanser Negara (IKN) di Presint 7, di sini, hari ini.

Keberangkatan baginda ke IKN adalah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'€™adzam Shah.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam.

Baginda turut menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada IKN yang diterima Pengarahnya, Dr Asmayani Khalib.

Pada masa sama, baginda mendengar taklimat mengenai IKN serta memperuntukan masa kira-kira 20 minit melawat sekitar Wad Pediatrik IKN.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Jun 2016 @ 1:06 PM