Vincenzo Paduano yang mengaku membakar bekas teman wanitanya diiring polis di ibu pejabat polis di Rome. - Foto EPA
Vincenzo Paduano yang mengaku membakar bekas teman wanitanya diiring polis di ibu pejabat polis di Rome. - Foto EPA
Kereta mangsa yang hangus terbakar dan kanan, lokasi mangsa mati dibakar. - Foto media Itali
Kereta mangsa yang hangus terbakar dan kanan, lokasi mangsa mati dibakar. - Foto media Itali
Sara Di Pietrantonio, 22, mati dibakar bekas teman lelaki. - Foto media Itali
Sara Di Pietrantonio, 22, mati dibakar bekas teman lelaki. - Foto media Itali
AP

Rome: Seorang pelajar wanita sebuah universiti dibakar hidup-hidup oleh bekas teman lelakinya selepas mangsa meninggalkannya, semalam.

Sara Di Pietrantonio, 22, mati sebelum subuh selepas Vincenzo Paduano, 27, membakar keretanya ketika mangsa berada di dalam kenderaan itu.

Menurut pendakwaraya Maria Monteleone, wanita itu hanya sempat melarikan diri sejauh 500 meter sebelum lelaki berkenaan berjaya membakarnya.

“Lelaki itu menyimbah alkohol pada mangsa dan membakar muka Di Pietrantonio.

“Sepanjang 25 tahun dalam kerjaya ini, saya tidak pernah jumpa kes sekejam ini,” kata pegawai polis yang menyiasat kes berkenaan, Luigi Silipo.

Menurutnya, lelaki itu menafikan membunuh mangsa namun mengakui jenayahnya selepas lapan jam disoal siasat.

“Paduano yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, menjalin hubungan dengan wanita itu sejak dua tahun lalu dan tidak dapat menerima hakikat wanita berkenaan meninggalkannya,” katanya.

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa menjerit meminta tolong ketika berlari keluar dari keretanya namun orang ramai tidak berusaha menolongnya.

“Mangsa berpeluang terselamat jika orang ramai menolongnya, bukannya tidak mempedulikan kejadian seperti itu,” kata pendakwaraya Monteleone.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mei 2016 @ 12:20 AM