ANGGOTA bomba membawa turun mangsa. FOTO Daily Mail
ANGGOTA bomba membawa turun mangsa. FOTO Daily Mail
Daily Mail

Brisbane (Australia): Seorang wanita yang mengharapkan janji temu pertama romantis hampa apabila temannya selamba meninggalkannya selepas tergelincir dan jatuh dari belebas ketika berpacar di denai kembara atas gunung popular di Brisbane.

Lelaki itu mahu membawa wanita berkenaan mengembara di Glass House Mountains, utara Brisbane, pada pagi Jumaat.

Malangnya, wanita itu tergelincir dan jatuh menyebabkan tangannya cedera, lapor Courier Mail.

Lelaki itu bagaimanapun selamba meninggalkannya atas alasan tidak mahu lambat ke tempat kerja.

Wanita itu bernasib baik kerana pakar ekologi, Brian Coulter dan tiga rakannya kebetulan melihatnya jatuh.

“Dia memberitahu kami itu janji temu pertama mereka, malah lelaki itu yang mengajaknya mendaki gunung berkenaan.

“Namun dia bimbang lambat ke tempat kerja, jadi selepas wanita terbabit jatuh, dia meninggalkannya begitu saja. Kami yang tidak sampai hati melihat keadaannya membantu merawatnya,” katanya.

Menurut Coulter, kebetulan tiga rakannya anggota bomba dan mempunyai kepakaran diperlukan. Mereka kemudian menghubungi rakan bomba tempatan untuk turut membantu.

“Sebenarnya memang mencabar kerana kejadian berlaku di kawasan gunung yang curam dan terpencil. Namun bomba berjaya menakik turun mangsa dengan selamat.

“Saya rasa, pasti dia tidak akan berjanji temu dengan lelaki itu lagi selepas ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Julai 2018 @ 9:37 AM