ROBOT pembantu Zenbo diperkenalkan. FOTO Afiq Hanif
ROBOT pembantu Zenbo diperkenalkan. FOTO Afiq Hanif
Afiq Hanif


Taipei: ASUS membuat kejutan sehari sebelum berlangsungnya pameran komputer Computex 2016 di sini dengan memperkenalkan robot pembantu, Zenbo.

Presidennya, Jonny Shih menampilkan Zenbo yang mempunyai kepala dan badan berbentuk bulat yang tingginya hingga paras lutut lelaki dewasa.

"Ini adalah masa depan dan ia akan digunakan untuk pendidikan, hiburan, kesihatan dan banyak lagi," kata Shih.

Zenbo memahami percakapan manusia dan mampu menerima arahan melalui suara serta merakam foto.

Kepalanya mempunyai paparan berbentuk empat segi dan disambungkan ke Internet untuk berkomunikasi.

Zenbo dijual pada harga AS$599 (RM2,463)

Selain Zenbo, ASUS turut memperkenalkan tiga telefon iaitu Zenfone 3, Zenfone 3 Ultra dan Zenfone 3 Deluxe.

Bagi laptop pula, ia menampilkan Transformer 3, Transformer 3 Pro dan Zenbook 3.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2016 @ 5:09 PM