PEGAWAI AADK menahan dua wanita mengandung serta peralatan dan dadah yang ditemui.
PEGAWAI AADK menahan dua wanita mengandung serta peralatan dan dadah yang ditemui.
Fardy Bungga dan Nadzreen Shah Mat Salim


Ampang: Ibu durjana. Itu gambaran sesuai diberikan terhadap tindakan kejam penagih wanita tempatan yang dikesan mengambil dadah berlebihan tanpa menghiraukan nyawa bayi dikandung.

Terbaru, dua wanita sarat mengandung diberkas pihak berkuasa semalam, selepas didapati berpesta dadah di rumah di Bandar Baru Ampang, kelmarin.

Dua wanita berusia 20-an itu ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengaku pernah dipenjarakan atas jenayah dadah.

Mereka yang sarat mengandung tiga dan lapan bulan mendakwa sukar meninggalkan tabiat mengambil syabu.

Lebih menyedihkan apabila dua sahabat baik itu tidak mempedulikan kesan yang bakal terjadi terhadap kandungan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mei 2016 @ 7:29 AM