ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO ihsan bomba
Rosli Ilham


Chukai: Mayat pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas mandi bersama rakannya di Pantai Geliga Besar, di sini, semalam ditemui jam 6.40 pagi tadi.

Mayat mangsa, Mohd Aris Azarudin ditemui anggota Bomba dan Penyelamat serta orang awam terdampar di tepi pantai pada jarak 300 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Dalam kejadian jam 4.30 petang semalam, Mohd Aris yang mandi bersama Amir Syafiq Azahari, 14, dan seorang rakan mereka lemas.

Bagaimanapun, mayat Amir Syafiq ditemui petang semalam sementara rakan mereka berjaya diselamatkan penduduk kampung.

Sementara itu, Komander Operasi Penguasa Bomba Zon 2 Chukai, Mohd Firdaus Ahmad Roshdi berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2016 @ 10:05 AM